Rabu, 25 Julai 2012

MESYUARAT PENYELARASAN DAN VERIFIKASI DATA PERMOHONAN ABM PERJAWATAN 2013 JPN KEDAH

SG.PETANI 26 Julai - Bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/ Yan telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan ABM Perjawatan 2013 bagi Jabatan Pelajaran Negeri Kedah pada 25 dan 26 Julai 2012.

Tujuan mesyuarat ini adalah untuk menyemak, menyelaras dan menyelesaikan beberapa isu dari pihak sekolah bagi melengkapkan data ke program "e-operasi".Sebelum ini telah diadakan taklimat kepada semua Penolong Kanan Pentadbiran bagi melengkapkan data diprogram "e-operasi" tersebut.



Mesyuarat  telah dipengerusikan oleh Encik Shairul Bazri bin Abu Bakar, Penolong Pengarah Pengurusan Data, Unit Pengurusan Sekolah Menengah bagi ABM sekolah menengah.






Sementara ABM sekolah rendah dipengerusikan oleh Tuan Haji Sheik Amar bin Sheik Abd Rahim, Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah, JPN Kedah. .
Turut hadir pegawai-pegawai  dari Sektor Pengurusan Sekolah, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Sektor Pendidkan Swasta dan Pendidikan Khas dan semua lapan Pejabat Pelajaran Daerah di Kedah.


Tuan Haji Sheik Amar sedang menpengerusikan mesyuarat
Mesyuarat di pengurusan sekolah rendah.
Pegawai-pegawai dari PPD pengurusan sekolah rendah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan