Rabu, 23 Mei 2012

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM STPM BAHARU 2012





ALOR SETAR 26 APRIL, Satu Taklimat Pelaksanaan Sistem STPM Baharu telah diadakan kepada semua pengetua sekolah pusat Tingkatan Enam peringkat Negeri Kedah bertempat di Bilik Mesyuarat Kenanga, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah mulai jam 8.30 pagi.







                                                    Pengisian dalam taklimat tersebut antaranya Pelaksanan Sistem STPM Baharu oleh Encik Saadon bin Nayan, Penolong Pengarah Kanan Teknik & Vokasional, Sektor Pengurusan Akademik, sesi kedua diisi dengan Pengurusan Baru Tingkatan Enam oleh Tuan Haji Che' Man bin Hamid Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Teknik & Vokasional, Sektor Pengurusan Sekolah,

sesi ketiga Pengurusan Penilaian & Pentaksiran STPM Baharu oleh Encik Othman bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan, Sektor Penilaian dan Peperiksaan dan diakhiri dengan taklimat Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah 2012 oleh Puan Mazliyani binti Mohamad, Penolong Pengarah Pengurusan Tingkatan, Sektor Pengurusan Sekolah.


TAKLIMAT KEMASUKAN MURID TINGKATAN ENAM BAWAH 2012



SUNGAI PETANI 30 APR. Satu Taklimat Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah bagi peringkat negeri Kedah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Perdana, SMK Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Sasaran jemputan adalah melibatkan lapan orang Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Murid (Menengah) dan 64 orang Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam dari sekolah pusat tingkatan enam seluruh Negeri Kedah Darul Aman.

Majlis taklimat  yang dimulakan jam 2 petang itu telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Che' Man Hamid dan taklimat disampaikan oleh Puan Mazliyani Mohamad, Penolong Pengarah Pengurusan Tingkatan 6. Sekalung terima kasih kepada pihak SMK Aman Jaya di atas kesudian menjadi tuan rumah pada taklimat kali ini.