Rabu, 8 Ogos 2012

MESYUARAT VERFIKASI DATA OPMEN ANTARA JPN/PPD KUTIPAN 31 JULAI 2012


BUJANG 9 Ogos - Mesyuarat Verfikasi Data OPMEN Antara JPN/PPD Kutipan 31 Julai 2012 telah diadakan pada 8 dan 9 Ogos 2012 bertempat di PKG Lembah Bujang, Kedah Darul Aman. 

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Ahmad bin Lateh, Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Guru, JPN Kedah bagi hari pertama dan Encik Shairul Bazri bin Abu Bakar Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Data mempengerusikan di hari kedua.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut Tuan Haji Che' Man  Hamid, Tuan Haji Md. Radzi bin Omar & Puan Mazliyani Abdullah ( Unit Pengurusan Sekolah Menengah), Tuan Haji Mohd. Fauzi bin Saad  (Unit HEM ),  Encik Salihin Ibrahim ( Unit Pendidikan Khas ), Ustaz Bahauddin Abd Rahman (Sektor Pendidikan Islam ).







Wakil-wakil dari Pejabat Pelajan Daerah :

Encik Amry Abdul Latif @Omar  & Tuan Haji Munir Salleh ( PPD Kota Setar ), 
Tuan Haji Basri Husain  dan Encik Mohd Nazri Chin ( PPD Baling/ Sik), 

Encik Wan Khalim Ahmad & Encik Sareh Azmi Sareh Yob (PPD Kubang Pasu ), 

Encik Yusof Din & Puan Rashaah Chik ( PPD Kuala Muda/ Yan), 
 
Tuan Haji Mokhtar Ahmad & Encik Mohamad Salleh Ubidin Ibrahim (PPD Padang Terap), Encik Kamarul Zaman Bakar & Encik Omar Abu Bakar ( PPD Pendang), 

Encik Abd Rashid Abd Rahman & Encik Nor Hazmin (PPD Kulim/ Bandar Baharu) dan  
Encik Mohd Kamal Hashim & Encik Mat Nazri Yahya (PPD Langkawi)




Tujuan mesyuarat diadakan untuk mengumpul data berkaitan kelas, guru dan murid bagi melicinkan pengurusan di Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Kedah.






 

Urus setia mesyuarat tersebut telah dikendalikan oleh Encik Mohd. Roshidi Md Saad dengan jayanya.







Isnin, 6 Ogos 2012

AKTIVITI BAGI BULAN OGOS 2012

 
BIL
AKTIVITI
TARIKH
TEMPAT
1
Kemaskini Data e-Operasi / e- Tukar
Sepanjang Ogos
Atas talian
2
Pemantauan Persediaan sekolah-sekolah SJK(C)dan SJK(T) sebelum menghadapi UPSR
Sepanjang Ogos
Sekolah pilihan
3
Mesyuarat Verifikasi Data Opmen Kutipan 31 Julai 2012
8 – 9 Ogos 2012
PKG Lembah Bujang
4
Lawatan Timbalan Perdana Menteri ke Langkawi
8 – 9 Ogos 2012
Sekolah Daerah Langkawi
5
Mesyuarat Data Guru Sekolah Rendah
14 Ogos 2012
PPD Kubang Pasu
6
Pengesahan Pendaftaran Tahun 1
15 Ogos – 15 Sept. 2012
Semua Sekolah Rendah
7
Sambutan kemerdekaan Peringkat negeri
31 Ogos 2012
Negeri Kedah