Ahad, 8 Julai 2012

MAJLIS ANUGERAH PIBG CEMERLANG PERINGKAT NEGERI KEDAH 2011/2012

Khamis 5 Julai 2012 Bertempat di Cinta Sayang Resort telah diadakan Majlis Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Negeri Kedah Darul Aman 2011/2012. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Dr. Haji Mohd. Fuad Zakashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. 





Ketibaan beliau disambut oleh Encik Mansor bin Lat, Pengarah Pelajaran Negeri Kedah bersama pegawai-pegawai dari JPN Kedah dan PPD. Dalam ucapannya beliau banyak menyentuh kesepaduan yang perlu antara PIBG dengan sekolah, PIBG diminta supaya memainkan peranan yang berkesan bagi menigkatkan kesedaran masyarakat.  





Sejumlah 109 hadiah telah disampaikan kepada pemimpin PIBG seluruh negeri Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan